Kerjaya Akiko Wakabayashi

Wakabayashi terkenal di negara-negara berbahasa Inggeris kerana peranannya sebagai Gadis Bond Aki dalam filem James Bond 1967 You Only Live Twice. Sebelum ini, beliau telah berlakon dalam banyak filem di negara asalnya Jepun, terutama filem raksasa Toho Studio, seperti Dagora, the Space Monster (1964) dan Ghidorah, the Three-Headed Monster (1964), keduanya juga dikeluarkan dengan berbagai judul lain. Dalam Ghidorah, beliau memegang watak sebagai seorang puteri mistik, yang mampu meramalkan masa depan dan juga seorang nabiah.

Ketika penerbitan You Only Live Twice dijalankan, Wakabayashi dijadualkan untuk memegang watak Kissy Suzuki sementara Mie Hama memegang watak sebagai Suki, salah satu ejen Tiger Tanaka. Ketika belajar bahasa Inggeris terbukti menjadi rintangan utama bagi Hama, wanita itu berganti watakm dengan Hama kini menjayakan sebahagian kecil dari Kissy dan Wakabayashi memainkan bahagian yang lebih besar dari Suki. Atas saranannya, watak Suki bertukar nama menjadi Aki. Mereka telah berlakon bersama dalam King Kong vs. Godzilla (1962) dan Kokusai himitsu keisatsu: Kagi no kagi (1965).[1]

Pada tahun 1971 beliau muncul di sebuah episod Shirley's World.[2] Wakabayashi hanya membuat satu filem lagi (dan penampilan TV tamu) sebelum menghilang dari layar besar dan kecil. Dalam sebuah wawancara di majalah G-FAN (No. 76), Wakabayashi mengatakan beliau bersara dari dunia lakonan kerana kecederaan yang dideritanya semasa membuat filem.